| |
|
|
| |
| |
New Tiered Pricing & Late Payment Charge
Penentuan Harga Bertingkat Baru & Caj Bayaran Lewat
|
| |
|
Effective 1 March 2012, to promote sound financial management, Citibank will be revising the tiered finance charges for all Citibank credit cards (current and future). As part of the revision, we are providing you with increased flexibility to enjoy lower finance charges at 8.88% p.a.! Please refer to the table below on your revised tiered finance charges:
Bermula dari 1 Mac 2012, untuk menggalakkan pengurusan kewangan yang mantap, Citibank akan meminda caj kewangan bertingkat bagi semua kad kredit Citibank (semasa dan akan datang). Sehubungan dengan itu, kami memberi anda lebih fleksibiliti untuk menikmati caj kewangan yang serendah 8.88% setahun! Untuk mengetahui caj kewangan bertingkat yang berkenaan dengan anda, sila rujuk kepada jadual di bawah ini: |
| |
|
Cardmembers with prompt payments* of more than 50% of their monthly outstanding balances for 12 consecutive months
Ahli Kad yang membuat pembayaran segera* melebihi 50% daripada baki belum jelas bulanannya selama 12 bulan berturut-turut
|
8.88% p.a.
8.88% setahun
|
| Cardmembers with prompt payments** of less than or equal to 50% of their monthly outstanding balances for 12 consecutive months
Ahli Kad yang membuat pembayaran segera** kurang daripada atau bersamaan 50% daripada baki belum jelas bulanannya selama 12 bulan berturut-turut
|
15% p.a.
15% setahun |
| Cardmembers with prompt payments** for 10 or more months in the last 12 months
Ahli Kad yang membuat pembayaran segera** untuk 10 bulan atau lebih sejak 12 bulan lalu
|
17% p.a.
17% setahun |
| Cardmembers who do not fall within the above categories
Ahli Kad yang tidak termasuk dalam kategori-kategori tersebut di atas
|
17.5% p.a.
17.5% setahun |
* Prompt refers to payments received by the due date
* Segera bermaksud pembayaran yang diterima sebelum/pada tarikh matang
**Payments have to meet the minimum payment requirement
**Pembayaran perlu memenuhi syarat pembayaran minimum
Please take note that late payment charge will be revised to a minimum of RM 10 or 1% of total outstanding balance as at statement date (whichever is higher), up to a maximum of RM 75, with effect from 1 March 2012.
Sila ambil perhatian bahawa caj bayaran lewat akan dikenakan minimum RM 10 atau 1% daripada jumlah baki belum bayar pada tarikh penyata (mengikut mana lebih tinggi), tertakluk kepada maksimum RM 75, mulai dari 1 Mac 2012.
|
|
| |
Frequently Asked Questions Soal Jawab
|
- I am a new Citibank credit cardmember, which finance charge rate will apply to me?
For new Citibank credit cardmembers, finance charges of 17.5% p.a. will be applied. The applicable tiered finance charges will only be effective until such time when you have the minimum 12 months repayment record with us.
Saya ahli kad kredit Citibank baru, apakah kadar caj kewangan yang dikenakan kepada saya?
Bagi ahli kad kredit Citibank baru, caj kewangan sebanyak 17.5% setahun akan dikenakan. Caj kewangan bertingkat yang berkenaan akan hanya berkuat kuasa setelah anda mempunyai rekod pembayaran balik 12 bulan minimum dengan kami.
- I am an existing Citibank credit cardmember but I do not have 12 months record with Citibank, which finance charge rate will apply to me?
A finance charge of 17.5% p.a. will be applied to you until such time when you have the minimum 12 months repayment record with us.
Saya ahli kad kredit Citibank sedia ada tetapi saya tidak ada rekod 12 bulan dengan Citibank, apakah kadar caj kewangan yang akan dikenakan kepada saya?
Caj kewangan sebanyak 17.5% setahun akan dikenakan kepada anda sehinggalah anda mempunyai rekod pembayaran balik 12 bulan minimum dengan kami.
- If I am an existing Citibank credit cardmember with 12 months or more consecutive repayment record with you, would I enjoy the new flexibility with the lower finance charges effective 1 March 2012?
Yes, as long as you have a 12 month consecutive repayment record with Citibank, you will enjoy the new revised finance charges with effect from 1 March 2012 in accordance to the table above.
Jika saya ahli kad kredit Citibank sedia ada yang mempunyai rekod pembayaran balik 12 bulan atau lebih berturut-turut dengan Citibank, adakah saya diberi fleksibiliti caj kewangan yang lebih rendah bermula dari 1 Mac 2012?
Ya, asalkan anda mempunyai rekod pembayaran balik 12 bulan dengan Citibank, anda akan menikmati caj kewangan pindaan baru bermula dari 1 Mac 2012 seperti jadual yang tertera di atas.
- If I have not made any transactions on my credit card for one or more months in the last 12 months but I paid more than 50% of my monthly outstanding balances in the same month, will the repayment be taken into consideration for me to enjoy the finance charges of 8.88% p.a.?
Yes, as long as you pay more than 50% of your total outstanding balances at any given month although there are no transactions for that month, it will be considered in the determination of your tiered finance charges.
Jika saya tidak membuat apa-apa transaksi dengan kad kredit saya selama satu bulan atau lebih sejak 12 bulan lalu tetapi saya telah membayar lebih 50% daripada baki belum jelas bulanan saya dalam bulan yang sama, adakah pembayaran balik itu akan diambil kira supaya saya boleh menikmati caj kewangan sebanyak 8.88% setahun itu?
Ya, asalkan anda membayar lebih 50% daripada jumlah baki belum jelas pada mana-mana satu bulan walaupun tidak ada transaksi bagi bulan tersebut, ia akan diambil kira untuk menentukan caj kewangan bertingkat untuk anda.
- If I do not have any balance outstanding for any given month(s) in the last 12 months although I have paid more than 50% of my balance outstanding for the other months within 12 months, would I enjoy the finance charges of 8.88% p.a.? Example, from January to March, I have paid more than 50% of my balance outstanding and in April I do not have any outstanding balance, from May to December, I have paid more than 50% of my balance outstanding.
No, you have not made prompt payments of more than 50% of your monthly outstanding balances for 12 consecutive months so the finance charges applied to you depending on your other months’ repayment record will be between 15% - 17.5% p.a.
Jika saya tidak ada apa-apa baki belum jelas bagi mana-mana bulan sejak 12 bulan lalu walaupun saya telah membayar lebih 50% daripada baki belum jelas saya untuk bulan-bulan yang lain dalam lingkungan 12 bulan, adakah saya akan menikmati caj kewangan sebanyak 8.88% setahun? Sebagai contoh, dari Januari hingga Mac, saya telah membayar lebih 50% daripada baki belum jelas saya dan dalam April saya tidak ada apa-apa baki belum jelas, dari Mei hingga Disember, saya telah membayar lebih 50% daripada baki belum jelas saya.
Tidak, anda tidak membuat pembayaran segera lebih 50% daripada baki belum jelas bulanan anda selama 12 bulan berturut-turut , jadi caj kewangan yang dikenakan kepada anda bergantung kepada rekod pembayaran balik bulan-bulan lain, iaitu antara 15% - 17.5% setahun.
- If I do not have any balance outstanding for any given month(s) in the last 12 months but I have made payment in the same month(s), will this repayment be taken into consideration for me to enjoy the finance charges of 8.88% p.a.?
No, the finance charges applied to you depending on your other months’ repayment record will be between 15% - 17.5% p.a.
Jika saya tidak ada apa-apa baki belum jelas bagi mana-mana bulan sejak 12 bulan lalu tetapi saya telah membuat pembayaran dalam bulan yang sama, adakah pembayaran balik ini akan diambil kira untuk saya menikmati caj kewangan sebanyak 8.88% setahun?
Tidak, caj kewangan yang dikenakan kepada anda bergantung kepada rekod pembayaran balik bulan-bulan lain, iaitu antara 15% - 17.5% setahun.
If you require further information, kindly contact CitiPhone at 03-2383 0000 (KL), 04-296 0000 (Penang), 07-268 0000 (JB), 09-509 0000 (Kuantan), 06-852 0000 (Melaka), 1 800 82 1010 (Sabah & Sarawak)
Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi CitiPhone di talian 03-2383 0000 (KL), 04-296 0000 (P.Pinang), 07-268 0000 (JB), 09-509 0000 (Kuantan), 06-852 0000 (Melaka), 1 800 82 1010 (Sabah & Sarawak)
|
|
| |
|
|
| |
|
|
|